Monday 22 September 2014

Peraturan Berbahasa :)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia
:)

Bertemu kembali untuk perkongsian ilmu seterusnya. Kali ini saya akan menerangkan peraturan berbahasa dalam kesantunan.

GILIRAN BERCAKAP

Kita harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita

CONTOHNYA : 

Dalam keluarga:
 
1.
Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2.
Ibu atau bapa.
3.
Kakak atau abang yang lebih besar.
4.
Pihak yang paling kecil, khususnya adik. 

Di sekolah:

1. Pengetua atau Guru Besar. 
2. Penolong kanan sekolah.

3. Ketua unit atau jabatan.

4. Para pensyarah atau guru.

5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.

6. Para pelajar.

PEMILIHAN KATA YANG SESUAI 
*Sebelum berkata-kata, penutur perlu bijak memilih kata yang betul dan tepat.
*Bertujuan untuk mengelakkan pergeseran dalam komunikasi.
*Penutur perlu menggunakan laras bahasa yang betul mengikut keadaan, masa dan tempat.
*Penggunaan kata-kata semasa bercakap juga berbeza berdasarkan dengan siapa penutur bercakap.

SITUASI DI RUMAH :
- Bahasa yang tidak formal dan dalam suasana santai.
- Menggunakan bahasa yang sopan supaya tiada ahli keluarga yang berkecil hati antara satu sama lain.
- Pemilihan kata mestilah tepat mengikut taraf ahli keluarga sebelum bercakap.


SITUASI DI SEKOLAH :
-Penggunaan bahasa yang formal.
-Protokol perlu dijaga sekiranya bercakap dengan pihak pentadbiran atasan.

Cukup sekadar ini, moga bertemu lagi di lain hari. Ilalliqa' :)
Ilmu pengetahuan tambahan boleh dibuat di sini :)

Friday 19 September 2014

Bentuk dan Jenis Kesantunan :)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia
:)

Bertemu kembali untuk perkongsian ilmu seterusnya. Kali ini saya akan menerangkan bentuk dan jenis kesantunan.

KESANTUNAN VERBAL

- Merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan individu.
- Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan sebagainya.
- Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi lisan.
- Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
- Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis 
1) Anak haruan si anak lokan, berenang-renang di sungai Bera
    Kehadiran tuan dialu-alukan, disambut dengan hati gembira. 
2) Yang Berhormat Dato’ Sang Nila Utama...
3) Yang Berbahagia Datuk Nik Ahmed Kamil...
Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara 
1) Yang Berbahagia Dato’, boleh saya tahu di mana…
2) Saya difahamkan bahawa … adakah Tuan Yang Terutama…
3) Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit, bolehkah…
Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam 
1) Saya yakin bahawa...
2) Pada pandangan saya, idea untuk...
3) Saya tidak berani mengatakan bahawa …

KESANTUNAN BUKAN VERBAL

- Merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
- Konsep kesantunan berbahasa bukan verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
- Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.

Contoh-contoh Kesantunan Bukan Verbal

1) Bahasa Tubuh
*Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan.
*Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
*Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti,  tujuan dan status sosial seseorang individu.
*Isyarat tanpa lisan boleh digunakan untuk:
 - mengukuhkan hujah atau mesej yang disampaikan
 - mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej.
*Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.
*Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui: 
1.Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan 
2.Bila patut berhenti
3.Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali

Bahasa tubuh melambangkan perasaan individu

2) Gerakan Tangan

*Mempunyai maksud sejgata yang difahami oleh setiap ahli masyarakat.

*Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan akan memaparkan keberkesanan komunikasi.

*Sebagai contoh, sekiranya individu meletakkan jari telunjuknya di bibir maka ia bermaksud individu tersebut minta semua untuk diam.

Bahasa isyarat gerakan tangan ini wajar dipelajari

3) Mimik Muka

*Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan   maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. 

*Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.

*Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat. 

*Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi.   

*Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui.

*Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

Antara contoh mimik muka

Sekian sahaja untuk kali ini, moga bertemu di lain hari. Ilalliqa' :)

Rujukan lanjut ada di sini :)